Wednesday, April 8, 2009

KESUNYIAN MULAI TERASA



Kini kita tidak lagi merentasi lautan ilmu bersama. Dulu belajar ramai-ramai, kini belajar sorang-sorang. Keseronokan belajar bersama dapat menyemarakkan semangat untuk menghadiri kelas, membuat assigment dan seumpamanya. Satu cabaran besar buat saya ialah bagaimana nak mendisiplinkan diri dalam melaksanakan kehendak program master yang saya harus tempuhi ini. Mungkin petikan daripada buku Developing the Leader Within You, John C. Maxwell (1993) berkaitan dengan Tip bagi membina disiplin diri dapat membantu saya mengubah persepsi terhadap kaedah mendisiplinkan diri sendiri.


Ringkasan daripada buku tersebut ialah; Nilai diri kita, Berorientasi pada diri sendiri, Jangan bertangguh, Mulakan dengan hal-hal yang kecil dan Mulakan sekarang juga.

2 comments:

chehassan said...

Comel gambar Ku. Tahniah sekali lagi. Saya juga rasa sebak dan terharu bila mengenangkan saat-saat kita bersama dengan penuh gelak ketawa dan usikan sebagai mahasitua di UPSI. Berbagai pengalaman kita lalui yang pada saya merupa sesuatu yang sangat klasik dan istimewa. Sebab itulah, wpun rasa kecewa dengan sikap dan respon rakan2 terhadap blog kita, saya masih terus menulis. Mungkin ada yang membaca tersenyum sinis, atau menjuehkan bibir atau menyampah, tapi saya merasakan kehilangan besar dalam hidup saya. Saya sangat berharap kumpulan kita akan menjdi pelopor kepada kumpulan kepimpinan pendidikan yang hebat di negara kita dengan pelbagai kemajuan dan kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing. Kalau boleh kita tubuhkan satu Persatuan atau Kumpulan, untuk bergiat aktif sebagai pemimpin pendidikan di negara kita ini. Saya sekarang ini, lebih menumpukan kepada usaha-usaha membangunkan sekolah untuk menjadi sekolah harian terbaik di negara ini. Kejayaan yang luar biasa akan hadir drp orang biasa yang bekerja dengan luar biasa. Selamat maju jaya sahabatku.

kunan said...

Terima Kasih Che Hassan. Demo memang hebat dan bersemangat. Apa yang demo fikir mungkin orang lain tak boleh fikir. Kadang-kadang manusia ni mudah sangat prajudis terhadap orang lain. Walau apapun sumbangan demo perlu diteruskan kerana Nabi Muhammad SAW yang maksum itu pun masih dicela...inikan pula kita orang biasa. Kawe caya kat demo bahawa demo buleh buat apa yang dihasratkan itu kerana demo ada pengalaman dan kemampuan. Teruskan perjuangan demo.