Saturday, April 11, 2009

Keyakinan Diri Meningkat

10 dan 11 April, saya dan hassan menghadiri satu bengkel SPSS anjuran UMT. Selama dua hari kami dilayan sangat baik, mungkin kerana peserta yang menghadiri itu adalah pelajar peringkat Master dan Phd. (pensyarah IAB pun ada). Semua pensyarah atau penceramah serta fasilitator bengkel berkenaan berjenama Dr. , tetapi mempunyai personaliti serta penampilan yang baik dan kami merasakan jurangnya amat sedikit. Walaupun begitu kami tetap menghormati mereka kerana taraf kelayakan akademik dan jawatan mereka, tetapi yang lebih membanggakan ialah mereka tidak sedikitpun menunjukkan kebangaan atau riak wajah yang menunjukkan merekalah mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi berbanding kami. Sifat membantu mereka cukup tinggi, sehinggakan setiap soalan dijawab dengan penuh tanggungjawab.

Bengkel itu diakhiri dengan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya berasaskan tempoh masa yang amat terhad. Menghadirkan diri ke bengkel itu semata-mata untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang statistik supaya apabila hendak membuat statistik hasil kajian nanti akan dapat membantu.

Saya mulai sedar sekarang ini bahawa belajar peringkat yang lebih tinggi memerlukan komitmen, pembacaan dan penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang dikaji kerana kita akan diuji terhadap bagaimana proses membuat kajian, dapatan, pengiraan dan seumpamanya. Maksudnya kita tidak boleh lari daripada situasi atau proses sebenar dalam membuat kajian dan penulisan nanti.

Wednesday, April 8, 2009

KESUNYIAN MULAI TERASA



Kini kita tidak lagi merentasi lautan ilmu bersama. Dulu belajar ramai-ramai, kini belajar sorang-sorang. Keseronokan belajar bersama dapat menyemarakkan semangat untuk menghadiri kelas, membuat assigment dan seumpamanya. Satu cabaran besar buat saya ialah bagaimana nak mendisiplinkan diri dalam melaksanakan kehendak program master yang saya harus tempuhi ini. Mungkin petikan daripada buku Developing the Leader Within You, John C. Maxwell (1993) berkaitan dengan Tip bagi membina disiplin diri dapat membantu saya mengubah persepsi terhadap kaedah mendisiplinkan diri sendiri.


Ringkasan daripada buku tersebut ialah; Nilai diri kita, Berorientasi pada diri sendiri, Jangan bertangguh, Mulakan dengan hal-hal yang kecil dan Mulakan sekarang juga.