Wednesday, October 21, 2009

Persembahan Bercerita "Big Book"




Baru-baru ni saya diamanahkan mengurus satu persembahan bercerita "Big Book" yang disertai olah pelajar-pelajar PISMP Semester 2 IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Persembahan ini diadakan di Pusat Sumber Ibnu Sina tempat saya bekerja. Berbekalkan sedikit pengalaman melihat guru-guru di Sarawak suatu masa dulu mengaplikasikan "Big Book" dapat membantu saya dalam memberi panduan dan teguran terhadap persembahan tersebut semasa mereka buat 'reahersal'.

Nanti sambung...

Saturday, October 10, 2009

Puasa Sebulan Raya Sebulan

Setakat ini susana hari raya kat Terengganu belum lagi berakhir. Sambutan demi sambutan masih lagi diadakan. di IPGM Kampus Dato' Razali pada hari ini ada 2 jemputan makan sempena Hari Raya, manakala di luar kampus juga ada jemputan dalam majlis yang serupa oleh pensyarah dan kakitangan. Begitulah hebatnya kita beraya. Jika dilihat daripada aspek kemurahan hati sahabat-sahabat kita mengadakan majlis baguslah, mungkin juga disebabkan tidak ada ruang masa untuk melayani tetamu secara berperingkat, maka pendekatan membuat majlis "rumah terbuka" untuk mengatasi masalah itu. Jadi itulah cara kita menyelesaikan masalah.

Saya juga sempat membuat majlis rumah terbuka kepada jemaah-jemaah surau. Lelaki di sebelah malam dan perempuan di sebelah siang keesokan harinya supaya dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Cuma saya bayangkan jika rakan-rakan seperjuangan seperti di IAB dan UPSI tempoh hari dapat sama-sama meraikan, alangkah seronoknya.

Kini bulan Syawal akan meninggalkan kita, buatlah apa-apa yang patut untuk mendapatkan keredahaan Allah subhanahuwataala. Bagi kami kat Terengganu dah terbayang musim tengkujuh, maka persiapan awal perlu dilakukan kerana rumah saya pernah beberapa kali banjir. Bagi kawasan yang tak pernah banjirpun perlu juga fikir-fikirkan juga.

Wednesday, September 9, 2009

Hari Raya

Ini adalah possing ketika majlis jamuan hari raya tahun lepas staff Pusat Sumber Ibnu
Sina, IPGM Kampus Dato' Razali Ismail. Sehingga kini masih bertugas di sini sebagai Pegawai Perkhidmatan Media. Selepas kita dah terima surat perlantikan nanti tak taulah pulak kat mana bertugas nanti. Insyaalah masih di bumbung yang sama.

Kepada rakan-rakan saya ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Thursday, August 20, 2009

7 PRINSIP PERDANA

7 prinsip perdana ini bertujuan untuk melahirkan budaya kerja kelas pertama.

P: Pantas, positif
E: Empati, berkebolehan memahami
R: Relevan, penambahbaikan
D: Daya Saing
A: Amanah, adil dan intigriti
N: Nilah tambah
A: Arif, berilmu, bijaksana

Ini adalah hasil catatan yang saya buat ketika ucapan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru iaitu Y. Bhg. Dr. Kartini dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail. Untuk meningkatkan kefahaman kita bolehlah rakan-rakan yang lain membantu menambahkan penjelasan yang lebih terperinci terhadap perkara ini melalui komen.

Saturday, April 11, 2009

Keyakinan Diri Meningkat

10 dan 11 April, saya dan hassan menghadiri satu bengkel SPSS anjuran UMT. Selama dua hari kami dilayan sangat baik, mungkin kerana peserta yang menghadiri itu adalah pelajar peringkat Master dan Phd. (pensyarah IAB pun ada). Semua pensyarah atau penceramah serta fasilitator bengkel berkenaan berjenama Dr. , tetapi mempunyai personaliti serta penampilan yang baik dan kami merasakan jurangnya amat sedikit. Walaupun begitu kami tetap menghormati mereka kerana taraf kelayakan akademik dan jawatan mereka, tetapi yang lebih membanggakan ialah mereka tidak sedikitpun menunjukkan kebangaan atau riak wajah yang menunjukkan merekalah mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi berbanding kami. Sifat membantu mereka cukup tinggi, sehinggakan setiap soalan dijawab dengan penuh tanggungjawab.

Bengkel itu diakhiri dengan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya berasaskan tempoh masa yang amat terhad. Menghadirkan diri ke bengkel itu semata-mata untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang statistik supaya apabila hendak membuat statistik hasil kajian nanti akan dapat membantu.

Saya mulai sedar sekarang ini bahawa belajar peringkat yang lebih tinggi memerlukan komitmen, pembacaan dan penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang dikaji kerana kita akan diuji terhadap bagaimana proses membuat kajian, dapatan, pengiraan dan seumpamanya. Maksudnya kita tidak boleh lari daripada situasi atau proses sebenar dalam membuat kajian dan penulisan nanti.

Wednesday, April 8, 2009

KESUNYIAN MULAI TERASA



Kini kita tidak lagi merentasi lautan ilmu bersama. Dulu belajar ramai-ramai, kini belajar sorang-sorang. Keseronokan belajar bersama dapat menyemarakkan semangat untuk menghadiri kelas, membuat assigment dan seumpamanya. Satu cabaran besar buat saya ialah bagaimana nak mendisiplinkan diri dalam melaksanakan kehendak program master yang saya harus tempuhi ini. Mungkin petikan daripada buku Developing the Leader Within You, John C. Maxwell (1993) berkaitan dengan Tip bagi membina disiplin diri dapat membantu saya mengubah persepsi terhadap kaedah mendisiplinkan diri sendiri.


Ringkasan daripada buku tersebut ialah; Nilai diri kita, Berorientasi pada diri sendiri, Jangan bertangguh, Mulakan dengan hal-hal yang kecil dan Mulakan sekarang juga.

Monday, February 2, 2009

TERHARU DAN BERDEBAR

Petang tadi saya menerima satu panggilan dari pihak Sekolah Siswazah Universiti Malaysia Terengganu memaklumkan bahawa saya dan hassan embong telah diterima untuk memulakan sesi pembelajaran di peringkat master dalam bidang pengurusan: Kepimpinan pendidikan (Educational Leadership) dan diminta daftar pada 15 Februari ini.

Pada lewat petang Hassan Embong datang ke rumah saya dengan kereta Perdana barunya berwarna hitam yang baru sahaja diambil dari kedai untuk mengambil surat tawaran masternya. Kemudian saya uji pandu ke pantai Teluk Ketapang, tempat di mana kawasan landasan Lapangan Terbang yang disambung ke tengah laut. Sempat saya minum air kelapa dan ICT (ikan celup tepung) sambil bercerita tentang tindakan yang perlu diambil sebelum mendaftarkan diri pada 15 februari nanti.

Hari ini saya rasa sukacita kerana mendapat tawaran tersebut dan agak bercelaru fikiran ini untuk menghadapi situasi pembelajaran di peringkat master ini. Apakah saya benar-benar mampu berbuat demikian? Kerana dulu kita sama-sama berjuang beramai-ramai. Dengan keseronokan berkawan sedar tak sedar kita dahpun habis belajar. Kini saya dan Hassan Embong sahaja saling berpaut sekiranya salah seorang nak tumbang.

Cuma kini saya berbekalkan semangat kawan-kawan yang memberi sokongan dan semangat untuk meneruskan juga proses pembelajaran sepanjang hayat. Saya dan Hassan E kena perbetulkan niat belajar kerana Allah.

Sunday, February 1, 2009

Upgrade IPG kepada IPGM

Assallamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan sekelian yang menunggu akan ketibaan cerita daripada ayahku.

Kali ini ayahku nak cerita tentang bagaimana kini Maktab Perguruan telah dijenamakan semula kepada Institut Pendidikan Guru dan seterusnya Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bukan sekadar "The new label at the old kicap". Kini ia benar-benar berlaku (cerita benar). Penjenamaan semula berlaku kerana Institut Pendidikan Guru Malaysia telah melatih guru di peringkat ijazah. Ini adalah juga hasil usaha dan kesungguhan arwah Dato' Razali Ismail yang berjuang sejak di Kementerian dan seterusnya di Parlimen.

Apabila penjenamaan semula telah berlaku sepertimana diistiharkan pada sehari sebelum pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri di Institut Perguruan Kuala Terengganu (Kini Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Ismail). Maka suatu habuan kepada semua pensyarah seluruh Malaysia, di mana DG41 ke DG44, DG44 ke DG48, DG48 ke DG52 dan DG 52 bakal ke DG54 serta akan wujud jawatan Jusa di samping akan wujud juga Prof. Madya, Profesor dan seumpamana seperti mana di Universiti Awam. Jadi bagi pensyarah yang berhajat untuk berkhidmat di Universiti tak perlu lagi memikirkannya kerana mereka boleh mendapatkan kedudukan yang diperlukan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Yang seronoknya ada pensyarah yang baru berusia 37 tahun sudahpun mendapat DG48.

Sedikit terkilan kepada PPP BS seperti saya ini hanya berputih mata melihat orang lain sedang mulai rasa akan kenikmatan kenaikan pangkat, sedangkan saya dah mata gaji 'ceiling' tiga tahun dan ada rakan saya dah lebih 10 tahun gaji tak bergerak. Setakat ini belum ada ruang untuk tingkatkan karier sebelum ke 41 nanti, walaupun ada usaha untuk menyediakan jawatan 38 di Bahagian Kementerian Pelajaran. Kelulusan terakhir hanya diberikan kepada JPN dan PPD (kalau tak silap) untuk meletakkan pegawai ke kategori 38. Segalanya terserah kepada rezeki Allah taala, kerana usaha-usaha ke arah itu telahpun dilakukan sebelum ini. Kepada yang dah dapat tu diucapkan tahniah dan kepada yang belum dapat sama-samalah kita usahakan.