Monday, February 2, 2009

TERHARU DAN BERDEBAR

Petang tadi saya menerima satu panggilan dari pihak Sekolah Siswazah Universiti Malaysia Terengganu memaklumkan bahawa saya dan hassan embong telah diterima untuk memulakan sesi pembelajaran di peringkat master dalam bidang pengurusan: Kepimpinan pendidikan (Educational Leadership) dan diminta daftar pada 15 Februari ini.

Pada lewat petang Hassan Embong datang ke rumah saya dengan kereta Perdana barunya berwarna hitam yang baru sahaja diambil dari kedai untuk mengambil surat tawaran masternya. Kemudian saya uji pandu ke pantai Teluk Ketapang, tempat di mana kawasan landasan Lapangan Terbang yang disambung ke tengah laut. Sempat saya minum air kelapa dan ICT (ikan celup tepung) sambil bercerita tentang tindakan yang perlu diambil sebelum mendaftarkan diri pada 15 februari nanti.

Hari ini saya rasa sukacita kerana mendapat tawaran tersebut dan agak bercelaru fikiran ini untuk menghadapi situasi pembelajaran di peringkat master ini. Apakah saya benar-benar mampu berbuat demikian? Kerana dulu kita sama-sama berjuang beramai-ramai. Dengan keseronokan berkawan sedar tak sedar kita dahpun habis belajar. Kini saya dan Hassan Embong sahaja saling berpaut sekiranya salah seorang nak tumbang.

Cuma kini saya berbekalkan semangat kawan-kawan yang memberi sokongan dan semangat untuk meneruskan juga proses pembelajaran sepanjang hayat. Saya dan Hassan E kena perbetulkan niat belajar kerana Allah.

6 comments:

Puteri Azizul said...

Tahniah, moga belajar dengan betul dan sukses . Nawaitu mesti betul.........

yusofsipan said...

Tahniah Ku, teruskan perjuangan!!!

chehassan said...

Tahniah Ku. Demo boleh. Dengan Hassan Embong pun saya sangat yakin boleh saling berpaut, dia kuat semangat dan sentiasa di depan. Saya tumpang merasa bangga jika rakan2 saya berada dipuncak. Tahniah juga buat Hassan Embong. Ajar dia join di blog ni, boleh kita berkomunikasi secara ilmiah dan ikhlas. Selamat belajar.

fongmoichin said...

Tahniah Tengku, I'M Chin. Semoga Tengku berjaya dan mencapaian keputusan yang cemerlang nanti.

FAye said...

Tengku and Hassan ....Tahniah! Aku sangat kagum dengan semangat yang ada pada kamu...

chehassan said...

Bila nak tukar tajuk ceritanya. Cerita teganu kito...