Tuesday, December 23, 2008

Memprofesionalkan Profesion

Baru-baru ni saya pergi mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma di Sanctuary Resord, Cherating. Pahang. Nak contact Yati pun jauh juga dari bandar Kuantan. Akhirnya saya pendam je.

Saya nak petik satu saja perkataan yang dibincangkan oleh penceramah berkenaan iaitu mengilap "MUTIARA". Sebenarnya banyak lagi yang beliau utarakan.

Sesorang yang profesional itu perlu mempunyai;

M: Mempunyai "Matlamat" atau kompas untuk menuju destinasi. Seperti kita belajar dalam Pengurusan Strategik dululah.
U: Usaha, Sepertimana kita mengasah mata gergaji (sharpen the saw) supaya senang untuk memotong, membelah, menebang dan sebagainya.
T: TTT (Tebeng, Terook, dan Tohek) maksudnya buat sesuatu secara bersungguh-sungguh, buat secara luar biasa dan tidak melupakan kehendak Allah subhanahuwataala. (lebih kurang gitulah...).
I: Imej diri adalah adalah harta istimewa yang perlu kita nilai dan tambah nilai. Che Hassan suka membincangkan hal ini. Harap boleh beri komen..
A: Kita berlu kepada "Aksi" iaitu bertindak dengan ilmu dan iman. Tanpa tindakan tak berguna ilmu menggunung. Akhirnya berakhir dengan mimpi ngeri saja.
R: Perlu disematkan sifat-sifat rajin dalam diri kita (sebagai ahli profesional), bukan setakat rajin tetapi bersungguh-sungguh.
A: Amal, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Sifat-sifat yang ada itulah akan melahirkan Transformasi Pendidikan 2010 dengan membuat sesuatu kerja itu secara "berlari" bukan "berjalan" dan mungkin juga boleh melahirkan kehadiran pelajar ke sekolah berlari dan pulang ke rumah dengan berjalan yang memberi maksud sekolah menyediakan pembelajaran atau persekitaran yang menyenangkan serta menyeronokkan.

Monday, December 22, 2008

Master Oh Master

Saya, Hassan Embong dan Joni telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dengan keputusan peperiksaan Fasa 1 hingga 6 dalam bidang Pengurusan Kepimpinan Pendidikan (Education Management Leadership) dengan penuh harapan agar UMT terima kami dengan cara itu, kerana pelajar UMT juga mohon cara itu, jadi kami gunalah kaedah yang sama.

Saya terkejut apabila seorang kawan baritahu tentang pendaftaran program berkenaan telahpun dilakukan pada 21 Disember 2008 yang lalu. Lalu saya menelefon Hassan untuk bertanyakan hal berkenaan. Tak puas dengan itu, kami pergi sendiri sebentar tadi ke UMT (9.30 pagi 23 Dis 08) untuk mengetahui kedudukan sebenar. Kemudian lega rasanya setelah pendaftar (En. Shafri) memberi tahu bahawa kami akan diterima masuk untuk kemasukan Januari 2009. Allhamdulillah. Tak puas hati lagi dengan itu saya serahkan surat perakuan tamat pengajian dan layak dianugerahkan ijazah serta keputusan fasa 7 dan 8 kepada pendaftar berkenaan.

Timbul persoalan lagi sekiranya kami diterima masuk ke program sarjana ini, apakah kami sanggup menghadapinya dengan pelbagai halangan dan cabaran seperti Vaiva (bukan Viva), saya tak tahu ejaan sebenarnya. Cuma berbekalkan semangat kawan-kawan yang sedang buat dan dah buat master akan mempengaruhi kami untuk terus berjuang kepada "Pembelajaran Sepanjang Hayat" dapat diteruskan.

Satu perkara yang saya nak kongsi ialah Pegawai di UMT berbangga kepada kami kerana sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk program Master ini. Kemudian kami balas dengan senyuman sambil menyatakan untuk memberi dorongan kepada anak-anak. (Sebenar bukan sekadar untuk anak-anak, tetapi untuk meletakkan kedudukan masa depan yang lebih selesa.

Friday, December 19, 2008

Isteri Oh Isteri

Catatan buat Isteriku dan Isteri-isteri orang lain...

Teringat kata-kata Ustaz dalam usrah tentang soal jawab wanita. Kenapa seorang isteri itu perlu hormat kepada suami melebihi ibu bapa mereka sendiri? kerana tanggungjawab ibu bapa telah berpindah kepada suami untuk menjaga si isteri. Rasa hormat terhadap suami itu mestilah melebihi Yang DiPertuan Agong kerana kerana suamilah yang memberi makan dan menjaga keselamatan dan kebajikan kepada si isteri. Si Isteri kena ikut apa kehendak suami selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum-hukum dalam Islam.

"Mulut" orang perempuan diberi 99, manakala "mulut" orang lelaki hanya diberi 1 sahaja, tetapi kehebatan mulut lelaki melebihi 99. Sebeb itu orang perempuan suka bercakap banyak, sehinggakan sampai tahap "berleteh" dari pagi sampai petang. Manakala orang lelaki (suami) tidak banyak cakap. Si suami yang baik boleh bersabar kerana memahami bahawa Tuhan telah menjadikan perempuan seperti itu. Kesabaran suami itu mendapat pahala yang amat besar di sisi Allah. Cuma dibimbangi si suami tidak reda atau benci kepada si isteri yang suka bercakap banyak (berleteh).

Apa yang saya nak nyatakan semula ini ialah si isteri hendaklah berhati-hati ketika bercakap dengan suami, bukan sahaja berdiam diri (mendengar sahaja) apabila suami bercakap, tetapi tidak berubah wajah yang sedia ada kepada wajah yang tidak menyenangkan apabila berdepan dengan suami. Maksudnya hendaklah sentiasa tersenyum dengan suami. Jika boleh berbuat demikian mungkin si isteri tadi digolongkan dikalangan perempuan solehah. Di mana perempuan solehan hanya ada satu (1) dalam 200 orang. Mudah-mudahan andalah (para isteri) yang satu itu.

Wahai si isteri, patuhilah apa yang Tuhan (Allah) telah tetapkan terhadap kuasa seorang suami, taatilah mereka kerana si isteri akan mendapat anugerah Syurga daripada Allah Subhanahuwataala.

Friday, December 5, 2008

10 WASIAT UNTUK ISTERI

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa wasiat untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga memberi bermanfaat bagi kita semua. Amin

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat

Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh karena itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah.

Wahai hamba Allah....jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu. Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan menceraiberaikan keutuhannya.

Kerana itulah, salah seorang wanita solehah jika mendapatkan sikap keras dan berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah..itu terjadi karena perbuatan tanganku (kesalahanku).."Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya:

-Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar.

-Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat riya dan sum'ah.

-Menjelekkan dan mengejek orang lain. Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang briman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang menolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan"(QS. Al Hujurat: 11).

-Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda:"Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya"(HR. Muslim).

-Mendidik anak dengan pendidikan barat atau menyerahkan pendidikan anak kepada para pambantu dan pendidik-pendidik yang kafir.

-Meniru wanita-wanita kafir. Rasulullah bersabda:"Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka"(HR. Imam Ahmad dan Abu Daud serta dishahihkan Al-Albany).

-Membiarkan suami dalam kemaksiatannya.

-Tabarruj (pamer kecantikan) dan sufur (membuka wajah).

-Membiarkan pemandu dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa -apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda:"Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya"(HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albany).

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak mendurhakainya. Rasulullah bersabda:"Dua golongan yang solatnya tidak akan melewati kepalanya, yaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang durhaka kepada suaminya hingga ia kembali"(HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany).

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjadi sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami meninginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak.

Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf redhiallahu 'anhunna. Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu??? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, karena kami bisa bersabar dari rasa lapar namun kami tidak bisa bersabar dari api neraka."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatangnya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya.

Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya.

Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.

Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam duka cita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang adilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama:" Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Karena sungguh engkau menyambung silaturrahim, menanggung orang lemah, menutup kebutuhan orang yang tidak punya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran".(HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim).

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya.

Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, hingga terasa ringan baginya kesulitan yang dijumpai dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).

Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih teruk lagi. Saudariku, simpanlah rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau tampakkan kecuali kerana maslahat yang syar'I seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan.

Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang hal itu dalam sabdanya:"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya"(HR. Bukhary dalam An-Nikah).


"Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya”.

Thursday, December 4, 2008

TUGAS BARU

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, saya dah mula menjalankan tugas baru saya iaitu Pegawai Perkhidmatan Media.

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Media (PPM) adalah satu jawatan baru yang diwujudkan di bawah Pengurusan dan pentadbiran Ketua Pusat Sumber Ibnu Sina, Institut Perguruan Kuala Terengganu di seluruh IPG oleh Bahagian Pendidikan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh kerana ia merupakan bidang tugas yang baru, maka saya perlu explore spesifikasi tugas dan melaksanakannya seberapa baik mungkin. Buat masa ini taklah sibuk sangat kerana banyak memikirkan tentang pelan perancangan tugas masa hadapan.

Antara lain peranan Pegawai Perkhidmatan Media tidak dapat lari daripada perkembangan teknologi dan teknologi pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam pendidikan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Sekiranya rakan-rakan sekelian ada pandangan atau maklumat bolehlah kongsi dengan saya dalam blog saya: ayahku-tengkuadnan. dengan membuat komen.

Tuesday, December 2, 2008

Pemergian Dato' Hj. Razali Ismail

Saya menerima panggilan telefon dari kawan saya kira-kira jam 8.00 malam 28 Nov 08, memberitahu tentang pemergian seorang tokoh yang dikasihi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran kita Dato' Hj. Razali Ismail. Beliau tidak asing kepada saya kerana saya mula mengenali beliau apabila beliau memberi laluan kepada untuk bertugas di Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu sebagai Pereka Grafik, kemudian memasukkan nama saya berpindah ke Institut Perguruan Kuala Terengganu. Kami kerap keluar bersamake sekolah untuk menjayakan program-program motivasi kepada ibubapa dan pelajar. Pendek cerita Dato' Hj. Razali ini adalah boss yang saya paling segani dan hormati bukan saja aspek kepimpinan beliau tetapi keprihatinan beliau kepada keluarga organisasi dan keluarga luar organisasi. Pada hari pengkebumian Dato' Hj. Razali saya sempat makan tengahari bersama Pengarah IAB yang baru bersama En. Mazlan dan Hassan Embong. Kami makan di Warisan Nil Restoran Jalan Gong Badak dekat rumah saya dan hassan sambil menceritakan kisah bagaimana Dato' rebah ketika bermain set ke dua. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin