Tuesday, December 2, 2008

Pemergian Dato' Hj. Razali Ismail

Saya menerima panggilan telefon dari kawan saya kira-kira jam 8.00 malam 28 Nov 08, memberitahu tentang pemergian seorang tokoh yang dikasihi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran kita Dato' Hj. Razali Ismail. Beliau tidak asing kepada saya kerana saya mula mengenali beliau apabila beliau memberi laluan kepada untuk bertugas di Maktab Perguruan Pasir Panjang Kuala Terengganu sebagai Pereka Grafik, kemudian memasukkan nama saya berpindah ke Institut Perguruan Kuala Terengganu. Kami kerap keluar bersamake sekolah untuk menjayakan program-program motivasi kepada ibubapa dan pelajar. Pendek cerita Dato' Hj. Razali ini adalah boss yang saya paling segani dan hormati bukan saja aspek kepimpinan beliau tetapi keprihatinan beliau kepada keluarga organisasi dan keluarga luar organisasi. Pada hari pengkebumian Dato' Hj. Razali saya sempat makan tengahari bersama Pengarah IAB yang baru bersama En. Mazlan dan Hassan Embong. Kami makan di Warisan Nil Restoran Jalan Gong Badak dekat rumah saya dan hassan sambil menceritakan kisah bagaimana Dato' rebah ketika bermain set ke dua. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

2 comments:

yusofsipan said...

Selamat berblog ayahku!!!

Seri Suryati said...

tengku,
saya juga sangat sedih dengan pemergian Dato' R, allahyarham masih banyak agenda yg hendak dilaksana dlm bidang pendidikan.saya suka dengar ucapannya juga, bahasa menarik dan sentiasa ada renungan disebaliknya.
semoga rohnya dicucuri rahmat. Tahniah tengku dah ada blog tapi mengapa ayahku bukan anakku.