Friday, December 19, 2008

Isteri Oh Isteri

Catatan buat Isteriku dan Isteri-isteri orang lain...

Teringat kata-kata Ustaz dalam usrah tentang soal jawab wanita. Kenapa seorang isteri itu perlu hormat kepada suami melebihi ibu bapa mereka sendiri? kerana tanggungjawab ibu bapa telah berpindah kepada suami untuk menjaga si isteri. Rasa hormat terhadap suami itu mestilah melebihi Yang DiPertuan Agong kerana kerana suamilah yang memberi makan dan menjaga keselamatan dan kebajikan kepada si isteri. Si Isteri kena ikut apa kehendak suami selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum-hukum dalam Islam.

"Mulut" orang perempuan diberi 99, manakala "mulut" orang lelaki hanya diberi 1 sahaja, tetapi kehebatan mulut lelaki melebihi 99. Sebeb itu orang perempuan suka bercakap banyak, sehinggakan sampai tahap "berleteh" dari pagi sampai petang. Manakala orang lelaki (suami) tidak banyak cakap. Si suami yang baik boleh bersabar kerana memahami bahawa Tuhan telah menjadikan perempuan seperti itu. Kesabaran suami itu mendapat pahala yang amat besar di sisi Allah. Cuma dibimbangi si suami tidak reda atau benci kepada si isteri yang suka bercakap banyak (berleteh).

Apa yang saya nak nyatakan semula ini ialah si isteri hendaklah berhati-hati ketika bercakap dengan suami, bukan sahaja berdiam diri (mendengar sahaja) apabila suami bercakap, tetapi tidak berubah wajah yang sedia ada kepada wajah yang tidak menyenangkan apabila berdepan dengan suami. Maksudnya hendaklah sentiasa tersenyum dengan suami. Jika boleh berbuat demikian mungkin si isteri tadi digolongkan dikalangan perempuan solehah. Di mana perempuan solehan hanya ada satu (1) dalam 200 orang. Mudah-mudahan andalah (para isteri) yang satu itu.

Wahai si isteri, patuhilah apa yang Tuhan (Allah) telah tetapkan terhadap kuasa seorang suami, taatilah mereka kerana si isteri akan mendapat anugerah Syurga daripada Allah Subhanahuwataala.

6 comments:

kembara kelana said...

mu ni malas update blog juga macam aku ...jadi kita samalah ku..

chehassan said...

Aku setuju dengan mu sop. Aku dok tunggu cerita tengku ni, tapi tiap hari buka tidak update. Harap lepas ni banyak cerita2 tentang tganu kite.

yusofsipan said...

sabo ler... bkn dia malas, mungkin ada hal yg lbh penting utk didahulukan, betul tak?

kunan said...

Sorilah sahabat2ku sekelian...Saya baru saja habis kelas KDC, kemudian pergi kursus peningkatan profesionalisme pensyarah di Cherating, Pahang. Ni baru ada ruang nak tambah-tambah mana-mana ruang yang ada. Terima Kasih kerana sudi membaca blog hamba. Insyaallah akan menyusul berita-berita yang terfikir nak diceritakan.

Ayah Ngah said...

If the rate of isteri solehah is 1 in 200 would it mean the rate for suami solehah is 199 in 200? Having been married for over 30 years I find the secret of my happy marriage is the tolerance on one hand and the example I set for my wife to adopt is another. How can we expect a wife to be what we like her to be if we cannot abide by the same standard ourselves? Our Prophet said (my interpretation of that hadith) “ You all are sheperds, each of whom is responsible for the well-being of those he leads …..” Really the ball is at our feet, husbands’
Ayah Ngah

kunan said...

Assallamualaikum Ayah Ngah (sori, siapa gerangan Ayah Ngah ni?).

Maksud 1 daripada 200, iaitu terdapat satu orang wanita solehan daripada setiap 200 orang wanita. Bukannya terdapat 199 lelaki solehah daripadanya.

Sifat/sikap toleransi yang dinyatakan itu memanglah tepat sekali demi menjaga kesejahteraan hidup keluarga. Dan tidak ada suatu jaminan seseorang isteri itu akan mengikuti apa yang kita hajatkan. Cuma kita boleh berusaha dengan mengubah diri kita terlebih dahulu sebelum orang lain (isteri) melakukannya. Kadang-kadang kita sendiri tidak bersifat adil kepada diri sendiri, begitulah juga sifat isteri yang memang semua orang tahu bahawa kejadiannya daripada tulang rusuk lelaki (Nabi Adam) jika dibiarkan akan terus bengkok, tetapi jika dikasari akan patah. Jadi kebijaksanaan suami sebagai pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan sudah pasti akan dapat mempengaruhi isteri dan anak-anak untuk berbuat kebaikan. Insyaallah.