Tuesday, December 23, 2008

Memprofesionalkan Profesion

Baru-baru ni saya pergi mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma di Sanctuary Resord, Cherating. Pahang. Nak contact Yati pun jauh juga dari bandar Kuantan. Akhirnya saya pendam je.

Saya nak petik satu saja perkataan yang dibincangkan oleh penceramah berkenaan iaitu mengilap "MUTIARA". Sebenarnya banyak lagi yang beliau utarakan.

Sesorang yang profesional itu perlu mempunyai;

M: Mempunyai "Matlamat" atau kompas untuk menuju destinasi. Seperti kita belajar dalam Pengurusan Strategik dululah.
U: Usaha, Sepertimana kita mengasah mata gergaji (sharpen the saw) supaya senang untuk memotong, membelah, menebang dan sebagainya.
T: TTT (Tebeng, Terook, dan Tohek) maksudnya buat sesuatu secara bersungguh-sungguh, buat secara luar biasa dan tidak melupakan kehendak Allah subhanahuwataala. (lebih kurang gitulah...).
I: Imej diri adalah adalah harta istimewa yang perlu kita nilai dan tambah nilai. Che Hassan suka membincangkan hal ini. Harap boleh beri komen..
A: Kita berlu kepada "Aksi" iaitu bertindak dengan ilmu dan iman. Tanpa tindakan tak berguna ilmu menggunung. Akhirnya berakhir dengan mimpi ngeri saja.
R: Perlu disematkan sifat-sifat rajin dalam diri kita (sebagai ahli profesional), bukan setakat rajin tetapi bersungguh-sungguh.
A: Amal, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Sifat-sifat yang ada itulah akan melahirkan Transformasi Pendidikan 2010 dengan membuat sesuatu kerja itu secara "berlari" bukan "berjalan" dan mungkin juga boleh melahirkan kehadiran pelajar ke sekolah berlari dan pulang ke rumah dengan berjalan yang memberi maksud sekolah menyediakan pembelajaran atau persekitaran yang menyenangkan serta menyeronokkan.

7 comments:

yusofsipan said...

Mempelajari dan menghayati sifat2 yg baik akan menyebabkan seseorang itu menjadi baik dan jangan sesekali puashati dengan kebaikan yang ada pada diri kita, ianya perlu diusahakan supaya sentiasa bertambah2 baik. Di sisi Allah SWT, kebaikan ada dlm agamanya, Islam. Jika Allah SWT mahukan kebaikan kepada seseorang maka akan diberikan agama kepada hambanya itu. WaLLahua'alam!

mantan said...

Ayahku,

Molek PERMATA tu. Boleh tak saya tambah jadi PERMATA PUTIH?

P = Prihatin. Kita kena ada sifat prihatin supaya semua pihak dan semua perkara berada dalam keadaan yang menyenangkan.

U = Ubah. Kita perlukan perubahan. Tidak ada maknanya jika kita sudah berpuashati dengan usaha kita dan berada di takuk lama sahaja. Dari semasa ke semasa kita perlukan perubahan.

T = Tegas.Perlu ada ketegasan dalam diri setiap orang untuk berusaha bagi mencapai kejayaan.

I = Iltizam. Komitment terhadap tugas dan amanh yang dipertanggunjawab kepada diri kita perlu sentiasa dipupuk.

H = Harapan. Ingatlah bahawa banyak pihak yang menaruh harapan kepada diri kita sebgai seorang profesional.

Selamat bertugas.

chehassan said...

Ku, saya perhatikan, bnyak orang dia ada ilmu, belajar sehingga masters, phd dan sebagainya, tetapi ia seperti permata yang tidak digilap. Menggilap permata di dalam diri sebenarnya bukanlah sesuatu yang jika sekiranya seseorang itu tiada kemahuan untuk mengubah dirinya dalam pelbagai aspek yang tengku tulis itu. Dia boleh belajar dan cariilmu tetapi dia tidak berkemampuan meletakkan dirinya sebagai orang yang hebat bagai permata. Di sekolah-sekolah hari ini, banyak terdapat guru yang sudah belajar sehingga masters dan phd, tetapi dia antara guru yang malas dan curi tulang. Kadang2 merasakan dirinya hebat dan tak sepadan sebagai guru di sek,maka dia berangan2 untuk menjadi pensyarah di maktab atau universiti. Sebagaimana yang kita tahu ada pelbagai ciri kepimpinan dan memang ada orang yang tidak mampu menjadi pemimpin atau permata yang berkilau.

Kita pernah bercakap tentang prasangka. Ini juga antara yang boleh dikaitkan dalam usaha menggilap permata. Pengalaman saya, banyak orang yang tidak mampu bercakap dan memberi pandangan di khalayak, tetapi keluar saja dewan, dia bercakap mcm2 yang sepatutnya dia cakap di khalayak tadi yang mungkin boleh mengubah keadaan yang lebih baik kepada organisasi atau persekitarannya.

Apapun,ilmu dan amal adalah kunci menggilap permata. InsyaAllah.

kunan said...

Terima Kasih simantanguru kerana memberi input tambahan yang berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Tak lupa cikgu yusuf membuat allignment dan che hassan respon secara transperance. Thank U

halipah said...
This comment has been removed by the author.
halipah said...

Hampir sbln thn 2009 kini diluangkan masa hari minggu baca blog rakan2. Spatutnya saya ke KL untk seminar score A UPSR,& PMR oleh krna dah dgar bayar RM 60 suruh adik pegi,Benar kata Tengku smuatu pting,tapi komen cik Hasantu pun benar guru ada ijazah N MASTER TAPI tak bleh diamanahkan keja, registerpun dah hancur ,tak ditulis dgn kemas,dia ingat dia doktor cakar2 IKUT SUKA hati, hai sejak jadi Hem ni....oh lagi hebat cabarannya buat saya di sekolah baru....sekolah calon sekolah Kluster aku dah mula jadi seorang yang biasa tengku kata tegas..terkejut diaorang bila dlm mesyuarat aku dah menegur keja2 thn lepas yg sepautnya dah beres ..hai begitulah ye...mungkin dia orang tak suka slmani dia org tak ditegur..org pejabat jadi mangsa kena melengkapkan untuk elakkan teguran audit. Kadang2 malu dengar komen PAR n PT pd segelintir guru yg tak profesinal dlm mjlkan tugas di sekolah.TQ Tengku saya akan printkan apa yg Tgku paparkan untuk renungan guru di sekolah saya.tq.

kembara kelana said...

yang aku nak komen, entri kau ni dah 4 minggu ku..4 minggu