Thursday, December 4, 2008

TUGAS BARU

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, saya dah mula menjalankan tugas baru saya iaitu Pegawai Perkhidmatan Media.

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Media (PPM) adalah satu jawatan baru yang diwujudkan di bawah Pengurusan dan pentadbiran Ketua Pusat Sumber Ibnu Sina, Institut Perguruan Kuala Terengganu di seluruh IPG oleh Bahagian Pendidikan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh kerana ia merupakan bidang tugas yang baru, maka saya perlu explore spesifikasi tugas dan melaksanakannya seberapa baik mungkin. Buat masa ini taklah sibuk sangat kerana banyak memikirkan tentang pelan perancangan tugas masa hadapan.

Antara lain peranan Pegawai Perkhidmatan Media tidak dapat lari daripada perkembangan teknologi dan teknologi pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam pendidikan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Sekiranya rakan-rakan sekelian ada pandangan atau maklumat bolehlah kongsi dengan saya dalam blog saya: ayahku-tengkuadnan. dengan membuat komen.

4 comments:

yusofsipan said...

Tahniah Tengku dgn tugas baru itu dan selamat bertugas!

yusofsipan said...

Maafkan saya Tengku, warna font teks yg gelap tu menyukarkan utk membacanya, maklum ler dah tua....hehehe

kunan said...

Sorilah cikguyusof tentang warna font tu, dia jadi gitu sebab copy dari tempat, tiba-tiba jadi gitu. Saya cuba edit nanti. Insyaalah.

chehassan said...

Tahniah Ku, demo meme layak. Tahniah juga dah ada blog ni. Sesuatu yang baik untuk perkongsian bersama. dunia semakin canggih dan moden. Manfaatkanlah. InsyaAllah blog saya akan menyusul.