Monday, December 22, 2008

Master Oh Master

Saya, Hassan Embong dan Joni telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dengan keputusan peperiksaan Fasa 1 hingga 6 dalam bidang Pengurusan Kepimpinan Pendidikan (Education Management Leadership) dengan penuh harapan agar UMT terima kami dengan cara itu, kerana pelajar UMT juga mohon cara itu, jadi kami gunalah kaedah yang sama.

Saya terkejut apabila seorang kawan baritahu tentang pendaftaran program berkenaan telahpun dilakukan pada 21 Disember 2008 yang lalu. Lalu saya menelefon Hassan untuk bertanyakan hal berkenaan. Tak puas dengan itu, kami pergi sendiri sebentar tadi ke UMT (9.30 pagi 23 Dis 08) untuk mengetahui kedudukan sebenar. Kemudian lega rasanya setelah pendaftar (En. Shafri) memberi tahu bahawa kami akan diterima masuk untuk kemasukan Januari 2009. Allhamdulillah. Tak puas hati lagi dengan itu saya serahkan surat perakuan tamat pengajian dan layak dianugerahkan ijazah serta keputusan fasa 7 dan 8 kepada pendaftar berkenaan.

Timbul persoalan lagi sekiranya kami diterima masuk ke program sarjana ini, apakah kami sanggup menghadapinya dengan pelbagai halangan dan cabaran seperti Vaiva (bukan Viva), saya tak tahu ejaan sebenarnya. Cuma berbekalkan semangat kawan-kawan yang sedang buat dan dah buat master akan mempengaruhi kami untuk terus berjuang kepada "Pembelajaran Sepanjang Hayat" dapat diteruskan.

Satu perkara yang saya nak kongsi ialah Pegawai di UMT berbangga kepada kami kerana sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk program Master ini. Kemudian kami balas dengan senyuman sambil menyatakan untuk memberi dorongan kepada anak-anak. (Sebenar bukan sekadar untuk anak-anak, tetapi untuk meletakkan kedudukan masa depan yang lebih selesa.

8 comments:

Ayah Ngah said...

I salute you both for your determination to improve yourselves. Presumably you are teachers and with the Masters your career will be suitably rewarded. I would not do it myself if it were simply for the pride of having MBA trailing my name on my business card. One time a senior teacher of a secondary school, in a derogatory tone, commented to a few parents, and in the presence of the school principal that I was no a qualified teacher but just a ….. and I would have no idea what exam formats and so on. As such I could not be relied to help their seconday school children in subjects like English, Maths, Physics and so on. In response I wrote to him and the principle and expressed my admiration for the Malay proverb “ Ikut resmi padi, lagi berisi lagi tunduk, bukan resmi lalang.” ( You see how poor I am in my literary BM – unable to produce and spell correctly a well known proverb – hence my preference for English, never for show)
As an elder person I make this comment with a sincere hope that you and your group of teachers do not just look at the BA,MBA and PhD as a rating of a person’s true worth. I hope your effort will be successful and would be better teachers with the additional knowledge gained, not just because of the Masters.
Ayah Ngah

kembara kelana said...

tahniah tengku dan kawan kawan, teruskan perjuanganmus

Seri Suryati said...

ayah ngah dear
glad to read ur comments
u hv a very good command of English
I am sure u r from English medium in ur previous education.
u must be somebody too! Can we be friends so that i can improve my poor English. congratulation to Tengku...i am proud of you..carry on learning until u acquire PhD.

Ayah Ngah said...

Seri Suryati
Thank you. Coming from a teacher it is a complimenet indeed. We cannot be friends simply because my daughter was born in 1965, marginally younger than you,cik gu! But of course, I will pay your blog a visit, to be sure.
Ayah Ngah

Faris said...

Salam,
Tahniahlah kerana telah mula menapak untuk program master. One thing U must be sure ialah UMT tu IPTA or IPTS because kalau IPTS nanti JPA tak iktiraf kerana dah ada surat pekeliling.
Saya dah Sabri dah berpakat nak sambung di UPSI aje kerana kosnya yang agak rendah, dah kenal lecturer dan selepas berehat agak panjang sikit melepaskan penat lelah.

Keduanya tahniah juga kerana dah ada blog sendiri. Diharap dapat terus berkarya dan menabur buah fikiran bagi perkongsian bersama.

Terima kasih.

chehassan said...

Tahniah ku. Demo boleh. Hassan Embong juga boleh. Kawe nak jaga sekolah dulu, nak praktik apa yang dibelajar. Rasanya rugi kalau tak tunjuk bukti kita memang layak dianugerahkan ijazah. Masih banyak yang perlu diperbetulkan di sekolah dan seluruh sistem pendidikan negara kita.

yusofsipan said...

Tahniah buat Tengku, Hassan Embong dan Joni kerana telah bersedia utk menyambung pengajian di peringkat master. Selamat berjuang!

kunan said...

Terima Kasih kepada Ayah Ngah, Che Hassan, Kembara Kelana, Cikgu Yusop, Ahmad Faris dan Yati Rasul semoga pandangan dan sokongan yang diberikan itu akan memberi inspirasi dan motivasi untuk meneruskan perjuangan ini berlandaskan laluan kehidupan yang lebih betul.

Thank You!