Saturday, October 10, 2009

Puasa Sebulan Raya Sebulan

Setakat ini susana hari raya kat Terengganu belum lagi berakhir. Sambutan demi sambutan masih lagi diadakan. di IPGM Kampus Dato' Razali pada hari ini ada 2 jemputan makan sempena Hari Raya, manakala di luar kampus juga ada jemputan dalam majlis yang serupa oleh pensyarah dan kakitangan. Begitulah hebatnya kita beraya. Jika dilihat daripada aspek kemurahan hati sahabat-sahabat kita mengadakan majlis baguslah, mungkin juga disebabkan tidak ada ruang masa untuk melayani tetamu secara berperingkat, maka pendekatan membuat majlis "rumah terbuka" untuk mengatasi masalah itu. Jadi itulah cara kita menyelesaikan masalah.

Saya juga sempat membuat majlis rumah terbuka kepada jemaah-jemaah surau. Lelaki di sebelah malam dan perempuan di sebelah siang keesokan harinya supaya dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Cuma saya bayangkan jika rakan-rakan seperjuangan seperti di IAB dan UPSI tempoh hari dapat sama-sama meraikan, alangkah seronoknya.

Kini bulan Syawal akan meninggalkan kita, buatlah apa-apa yang patut untuk mendapatkan keredahaan Allah subhanahuwataala. Bagi kami kat Terengganu dah terbayang musim tengkujuh, maka persiapan awal perlu dilakukan kerana rumah saya pernah beberapa kali banjir. Bagi kawasan yang tak pernah banjirpun perlu juga fikir-fikirkan juga.

2 comments:

chehassan said...

Orang zaman sekarang. Pada saya tidak ada apa2 makna, lebih baik buat kenduri kesyukuran. Berapa bulan sekali update blog ni?

kunan said...

Tak kisahlah San, Berapa kerat sangat yang layari ruangan ini. Asyik2 muka kita yang keluar.