Wednesday, October 21, 2009

Persembahan Bercerita "Big Book"




Baru-baru ni saya diamanahkan mengurus satu persembahan bercerita "Big Book" yang disertai olah pelajar-pelajar PISMP Semester 2 IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Persembahan ini diadakan di Pusat Sumber Ibnu Sina tempat saya bekerja. Berbekalkan sedikit pengalaman melihat guru-guru di Sarawak suatu masa dulu mengaplikasikan "Big Book" dapat membantu saya dalam memberi panduan dan teguran terhadap persembahan tersebut semasa mereka buat 'reahersal'.

Nanti sambung...

9 comments:

kembara kelana said...

bagus lah tu ku, kongsi ilmu

Puteri Azizul said...

Aktiviti ini boleh dimasukkan untuk aktiviti Rakan Pembaca Pusat Sumber sekolah, bagus untuk murid-murid Tahap 1(bercerita)

kunan said...

Di samping pelajar tahap satu, kaedah ini boleh juga digunakan kepada pelajar pra. Manakala buku besar (big book) itu boleh dibina sendiri atau beli di pasaran.

Cara pengajaran boleh dimulakan kaedah cikgu bercerita dan berinteraksi terlebih dahulu untuk memupuk minat terhadap cerita yang terkandung di dalam buku tersebut. Kemudian boleh meminta pelajar pula bercerita dengan menggunakan buku besar tersebut.

lain-lain kaedah bolehlah disesuaikan....

kembara kelana said...

amboi...merajuk ke ku..blog kau terkeluar dari list semasa aku upgrade blog..pas tu dah masuk kan balik..mana pic itu hari

kunan said...

Aktiviti bercerita ini bukan sahaja untuk kanak-kanak atau pelajar, tetapi juga bolah dilakukan kepada orang dewasa. Cuma kaedahnya yang berbeza iaitu dengan menceritakan kembali buku-buku ilmiah yang kita atau sesiapa saja yang telah baca dan memahaminya dengan mendalam, kemudian menceritakan kembali kepada rakan-rakan setugas melalui aktiviti "Book Talk" atau Bicara Buku.

Seri Suryati said...

Tengku
saya pernah menghasilkan sebuah big book masa berkursus pra sekolah di MPKT Batu Rakit dulu (tahun 1996).Masa tu En Zainal Mat Sirat dan pak long yang menyelaras kursus pra sekolah tu. kini buku Big Book tu masih ada, saya berikan kepada Pra Sekolah SK Wira..Big Book tu sebesar size sekeping mounting board.

kunan said...

T, Tuan Hj.Zainal Sirat dah meninggal tak lama selepas dia pencen. Beliau adalah orang yang sangat baik dan ada satu amalan yang kita boleh ikut ialah setiap hari beliau sembahyang sunat dhuha di biliknya.

Ummu Fida' said...

Innalillah.. saya tak tahu pun yang Tuan Hj Zainal Sirat dah kembali ke Rahmatullah.. Subhanallah. Beliau seorang yang baik dan warak. Saya pernah menjadi muridnya suatu ketika dulu. Moga Allah menempatkan dia di maqam yamg terbaik! aamiiin..

kunan said...

Terima kasih kepada sdr. sdri. yang memberi komen dan pandangan yang sangat baik.

Kepada anak murid Tn. Hj. Zainal Sirat seperti Seri dan Ummu Fida' banyak-banyaklah sedekahkan Al-Fatihan dan doa semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solah.